PANGKALAN UDARA SENDAYAN “MENGEKALKAN” TAKHTA KEJUARAAN KEJOHANAN FUTSAL ANTARA PANGKALAN TUDM TAHUN 2025

1 2 3
4 5 6
7 8 9

 

BANDAR SRI SENDAYAN, 29 Mei 25 - Persatuan Bola Sepak TUDM (PBTU) telah berjaya menganjurkan Kejohanan Futsal Antara Pangkalan TUDM Tahun 2025 pada 26 hingga 29 Mei 25 bertempat di Gelanggang Futsal, PU Sendayan. Kejohanan ini bertujuan mencungkil bakat baharu serta mengenal pasti pemain-pemain yang berpotensi untuk mewakili pasukan futsal TUDM ke peringkat perkhidmatan.

Sebanyak 19 pasukan kategori lelaki termasuk kategori wanita telah mengambil bahagian dalam kejohanan ini dan keputusan akhir perlawanan adalah seperti berikut:
Kategori Lelaki:

Johan - PU Sendayan.
Naib Johan - PU Labuan.
Ketiga - Kolej Tentera Udara.
Kategori Wanita:
Johan - PU Sendayan mewakili Zon Tengah & Timur.
Naib Johan - PU Labuan mewakil Zon Sabah & Sarawak.
Dalam kejohahan ini juga, turut disampaikan empat (4) anugerah pemain individu bagi kategori lelaki dan wanita. Senarai penerima anugerah pemain individu adalah seperti berikut:
Pemain Harapan:
LUK Muhammad Syafi bin Ahmad Nazri - PU Labuan.
Lt Suashirni a/p Sathasivam TUDM - PU Labuan.
Penjaring Terbanyak:
LU I Muhammad Khairul Syafiq bin Azhar - PU Kuching.
LU I Normastikqah binti Daud - PU Sendayan.
Penjaga Gol Terbaik:
Kpl U Mohamad Shahrul Naim bin Mohamad Sukri - PU Sendayan.
Sjn U Wan Atikah binti Wan Nazri - PU Sendayan.
Pemain Terbaik:
Kpl U Gobalan a/l Verapan - PU Sendayan.
Lt Nurul Hidayah TUDM - PU Labuan.

Majlis penyampaian hadiah dan acara penutup telah disempurnakan oleh Ketua Cawangan Tadbir, Lt Kol Adisman bin Hazari TUDM mewakili Komander Pangkalan Udara Sendayan. Turut hadir menyaksikan, Pengerusi PBTU, Lt Kol Mohamad Nor Azlan bin Ab Rahim TUDM, Ketua Cawangan Materiel, Lt Kol Mohd Amin bin Mohd Nor TUDM, dan Setiausaha Lembaga Sukan TUDM, Kapt Mohd 'Aizat Abdul Razzaq bin Mohamed TUDM.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada pemenang serta para peserta kejohanan yang telah menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi sepanjang kejohanan berlangsung. Terima kasih juga kepada barisan sekretariat dan semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menganjurkan kejohanan pada kali ni.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer