![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Pangkalan Udara Subang bersama-sama pihak MTU-Pengambilan dan Muzium TUDM telah berjaya melaksanakan Ceramah dan Pameran Kerjaya TUDM yang berlangsung pada 12 Sep 23 bertempat di Padang Sekolah & Dewan Alphard Sekolah Kebangsaan Setia Alam Shah Alam Selangor. Program ini telah dihadiri oleh Pengetua, guru, pelajar serta ibubapa.
Pengisian pameran ini dikoordinasikan oleh Sel Pendidikan PU Subang adalah untuk membantu pelajar dari segi pendekatan Pendidikan dan Kerohanian ke arah nilai-nilai murni dan jati diri khas serta mampu meningkatkan dan merangsang motivasi diri dan daya tahan ke arah mencapai kecemerlangan dalam akademik anak - anak sikap dan emosi.
Pangkalan Udara Subang mengucapkan terima kasih atas kerjasama dan sokongan Pihak MTU-Pengambilan dan juga Muzium TUDM dalam kerjasama sepanjang program dilaksanakan.