KURSUS SIASATAN KEMALANGAN PESAWAT (AIRCRAFT ACCIDENT INVESTIGATION) SIRI 13/2022

1 2 3
4 5 6
7 8 9
10 11 12
13 14

 

SUBANG, 11 Sep 23 - MTU Inspektorat TUDM selaku Sekretariat Kursus Keselamatan TUDM dengan jayanya telah berjaya menganjurkan Kursus Siasatan Kemalangan Pesawat atau Aircraft Accident Investigation (AAI) Siri 13/2023 Peringkat TUDM Tahun 2023 bertempat di Institut Kepakaran Kejuruteraan (IKK). Kursus yang bermula dari 21 Ogos hingga 01 Sep 2023 bertujuan melatih dan memberi pendedahan bagi melayakkan peserta yang terlibat menjadi ahli BOI kemalangan pesawat.

Seramai 20 peserta terdiri dari 15 pegawai ketukangan Juruterbang, Kejuruteraan dan Kawalan Lalu Lintas Udara TUDM, 2 pegawai perubatan dari TDM, 2 pegawai dari TLDM dan seorang doktor perubatan dari Institut Perubatan Penerbangan (IPP) telah diberikan pendedahan merangkumi pelbagai topik oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT), STRIDE, Forensik PDRM, Institut Perubatan Penerbangan (IPP), MAB AFRS, Jabatan Penerbangan Awam (CAAM) dan dari kalangan Subject Matter Expert (SME) TUDM.

Majlis Penutup dan Penyampaian Sijil telah disempurnakan oleh IJTU, Brig Jen Mohd Kahar bin Mohd Kassim TUDM pada 01 Sep 2023. MTU Inspektorat TUDM merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih kepada kesemua peserta dan pensyarah jemputan yang telah memberikan sepenuh komitmen dalam menjayakan kursus ini.