PROGRAM BERKHATAN PERINGKAT PANGKALAN UDARA SUBANG

1 2 3
4 5 6

 

SUBANG, 21 Dis 22 – Bertempat di 819 RSAT Pangkalan Udara Subang telah dilaksanakan Program Berkhatan peringkat PU Subang yang dirasmikan oleh Komander Pangkalan Udara Subang, Brig Jen Omar bin Hj Dawami TUDM.

Sepanjang program ini dilaksanakan, 91 Institut Perubatan Penerbangan (IPP) dan 819 RSAT pangkalan telah dipertanggungjawabkan untuk mengkoordinasi program ini. Sebelum program berkhatan dilaksanakan, kanak-kanak yang akan dikhatankan telah dimandikan dengan menggunakan air bomba sebagai simbolik perasmian program.

7 8 9
10 11 12

 

Seramai 65 orang kanak-kanak telah dikhatankan oleh antara lima (5) orang mudim berserta pembantu dari Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan dan tiga (3) orang mudim bersama pembantu dari Markas Bn 2 ubat yang terlibat bagi menjayakan program ini.