![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
GONG KEDAK, 17 April 2025 – Pangkalan Udara Gong Kedak (PU Gong Kedak) telah melaksanakan Karnival Sukan Ragbi Antara Seksyen PU Gong Kedak Tahun 2025 yang telah diadakan di Padang Ragbi PU Gong Kedak.
Sukan antara seksyen PU Gong Kedak terbahagi kepada 7 Seksyen iaitu No 12 Skuadron, gabungan Cawangan Operasi/Bomba/SAR, Cawangan Kejuruteraan, gabungan Cawangan Tadbir/Handau, Cawangan Material, gabungan Skuadron 321/Matra 3/Terminal Peluru 4(TP 4) dan gabungan Kontraktor.
Pertandingan ini dilaksanakan bertujuan untuk mencari bakat-bakat baru di kalangan anggota pangkalan sebagai persiapan menghadapi Kejohanan Ragbi Antara Pangkalan TUDM 2025.
Johan pertandingan kali ini disandang oleh pasukan ragbi dari No 12 Skuadron yang menumpaskan pasukan dari Cawangan Kejuruteraan sekali gus menyandang tempat kedua dengan mata 33 - 0, manakala tempat ketiga disandang oleh gabungan Skn 321/Matra 3/Terminal Peluru 4(TP 4).
Komander Pangkalan, Kol Mohd Norazan bin Othman TUDM telah menyempurnakan sesi penyampaian saguhati kepada pengadil. Walaupun terdapat beberapa kecederaan dikalangan anggota, namun pertandingan berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Tahniah kepada pasukan yang menang.