![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
TANJUNG BUNGAH, 18 April 2025 – Bengkel Keseragaman dan Garis Panduan Pelan PENCAR dan Pelan SERAK TUDM telah berjaya dilaksanakan di Pusat Hospitaliti Tentera Udara (PHU), Tanjung Bungah, Pulau Pinang bermula pada 14 Apr hingga 18 Apr 25. Bengkel ini telah dihadiri oleh 19 pegawai dan 3 anggota LLP dari MTU, MPOU, MPPLU, MAWILUD 1, MAWILUD 2 dan wakil-wakil dari Pangkalan Udara TUDM.
Bengkel anjuran MTU-BOS, Sel Operasi dan Eksesais telah dipengerusikan oleh Pengarah Operasi dan Eksesais, Kol Nurul Amir bin Othman TUDM. Bengkel ini dilaksanakan bertujuan untuk menyediakan garis panduan yang jelas kepada pelaksanaan Bengkel Penulisan Semula Pelan PENCAR dan Pelan SERAK TUDM yang akan dilaksanakan di peringkat pangkalan. Ia juga menjadi platform untuk penetapan stake holder, keseragaman dokumentasi, penyelarasan koordinasi TUDM dengan pihak awam dan penambahbaikan pindaan terhadap Pelan PENCAR dan Pelan SERAK. Ketua Tim Pembangunan akan membentangkan hasil perbincangan dan Draf Garis Panduan Pelan PENCAR dan Pelan SERAK TUDM kepada AKS OS sebelum diangkat kepada YBhg Panglima Tentera Udara.