PEMERIKSAAN TAHUNAN MARKAS WILAYAH UDARA 1 TERHADAP PANGKALAN UDARA GONG KEDAK

1.1 1 2
3 5 6
7 8 9
10.10 10 11

 

GONG KEDAK, 17 April 2025 – Markas Wilayah Udara 1 (MAWILUD 1) telah melaksanakan pemeriksaan tahunan ke atas PU GK mulai 14 Apr hingga 17 Apr 25. Tim Pemeriksa pemeriksaan yang diketuai oleh KS MAWILUD 1, Brig Jen Wan Azwan Azwari bin Wan Ali TUDM.

Pemeriksaan dimulakan dengan sesi taklimat berkenaan tindakan kepada teguran pemeriksaan MAWILUD 1 dan MTU-Inspektorat tahun 2024, taklimat kompetensi bagi Cawangan Kejuruteraan, Cawangan Material dan Cawangan Tadbir serta taklimat RKAT yang disampaikan oleh Komander Pangkalan, Kol Mohd Norazan bin Othman TUDM di Bilik Mesyuarat Pangkalan.

Pemeriksaan yang dilaksanakan adalah untuk memastikan aspek keselamatan, kesiagaan dan pengurusan sentiasa ditahap optimum disamping menilai tahap kompetensi anggota berada di tahap yang ditetapkan oleh TUDM.

Sempena pemeriksaan tahunan ini, Panglima Wilayah Udara 1, Mej Jen Dato’ Mahadzer bin Amin TUDM turut hadir ke PUGK dan turut berkesempatan mengadakan sesi dialog bersama semua anggota LLP PU Gong Kedak di Dewan Puteri serta melawat ke No 12 Skuadron, PU Gong Kedak.

Pemeriksaan tahunan MAWILUD 1 di PU Gong Kedak bagi tahun 2025 telah diakhiri dengan Taklimat Pasca Audit pada 17 Apr 25 yang membentangkan teguran, pemerhatian dan cadangan penambahbaikan kepada pangkalan. Pihak pangkalan mengambil maklum dan mengucapkan terima kasih di atas segala teguran dan cadangan demi kepentingan pihak Pangkalan. Semoga dengan pemeriksaan ini dapat membantu pihak pangkalan untuk menambah baik tahap pengurusan pangkalan untuk berfungsi sebagai sebuah pangkalan TUDM yang sentiasa berada di dalan kesiapsiagaan yang tinggi.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer