PERLAKSANAAN KAJIAN AUDIT TERHADAP PENGURUSAN SENGGARAAN DAN ALAT GANTI PESAWAT TUDM DI PANGKALAN UDARA GONG KEDAK

ABC 7418 ABC 7436 ABC 7465
ABC 7567 ABC 7569 ABC 7571

 

GONG KEDAK, 9 Mei 25 – Bahagian Audit Dalam Pertahanan (BADP) telah mengadakan Kajian Audit Terhadap Pengurusan Senggaraan dan Alat Ganti Pesawat TUDM ke atas Pangkalan Udara Gong Kedak bermula 5 hingga 9 Mei 2025. Tim Audit yang diketuai Ketua Audit Dalam, Dr. Nor Haiza binti Abd Aziz @Juned bersama 6 orang juruaudit disambut oleh Komander Pangkalan, Kol Mohd Norazan bin Othman TUDM di MATRA 3, PUGK.

Sebagai maklumat awal kepada tim audit, taklimat pengurusan dan perolehan alat ganti dan komponen-komponen pesawat Su-30MKM telah disampaikan oleh Ketua MATRA 3, Mej Syed Mohd Iqbal bin Syed Mohamad TUDM di Bilik Mesyuarat MATRA 3.

Perlaksanaan kajian audit ini adalah bertujuan untuk menentukan sama ada pengurusan senggaraan dan alat ganti pesawat TUDM dilaksanakan dengan cekap dan berkesan bagi mencapai objektif yang ditetapkan. Skop pengauditan ini meliputi aspek prestasi dan pengurusan senggaraan serta perolehan alat ganti dari tahun 2023 sehingga tarikh pengauditan.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer