![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
SENDAYAN, 9 Mei 25 – Ketua Staf Markas Pemerintahan Pendidikan dan Latihan Udara (KS MPPLU), Brig Jen Norazman bin Ismail TUDM telah menyaksikan majlis Serah Terima Tugas Pegawai Gaji Markas di antara Mej Norbaizura Liani binti Mohd Rozlan dengan Mej Norshuhada binti Mohtar.
Seterusnya, beliau juga telah menyempurnakan Majlis Pemakaian Pangkat kepada tiga (3) anggota LLP yang bertugas di MPPLU iaitu PW U II Mohamed Fauzi bin Abu Bakar dinaikkan pangkat ke Pemangku Pegawai Waran Udara I, Kpl U Mohamad Zulfiqar bin Ab Mutalib dinaikkan pangkat ke Pemangku Sarjan Udara manakala LUK (W) Nurul Athirah binti Mohd Azmin pula dinaikkan pangkat ke Pemangku Koperal Udara.
Dalam majlis yang sama, Ketua Staf turut menyampaikan sumbangan wang kebajikan melalui tabung KSSKA kepada warga MPPLU yang terpilih untuk menerima sumbangan tersebut. Semoga sumbangan kebajikan yang diberikan tersebut sedikit sebanyak membantu meringankan beban kepada penerima.
Seluruh warga MPPLU merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Mej Norbaizura Liani binti Mohd Rozlan di atas jasa dan khidmat bakti yang telah diberikan sepanjang beliau bertugas di MPPLU serta ucapan tahniah kepada anggota yang telah dinaikkan pangkat.