![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
LABUAN, 10 Mei 2025 – BAKAT Pangkalan Udara Labuan telah melaksanakan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Tahun 2025 bertempat di Dewan Nuri. Mesyuarat pada kali ini telah dihadiri seramai 200 orang ahli BAKAT dan dihadiri Pegawai-pegawai Memerintah, Ketua-ketua Cawangan dan Pegawai Waran Skn/Cwg PU Labuan. Mesyuarat ini telah dirasmikan oleh Komander Pangkalan, Brig Jen Hj Muhammad Taha bin Hamdan TUDM. Mesyuarat turut dihadiri oleh Ketua Cawangan Tadbir, Lt Kol Asrul Faizal bin Rahim Omar TUDM selaku Penasihat BAKAT PU Labuan.
Di dalam ucapan perasmiannya, Komander Pangkalan menyatakan penghargaan kepada seluruh ahli BAKAT yang hadir dan komitmen yang telah diberikan dalam menjayakan aktiviti BAKAT tahun 2024 dengan jayanya.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Seterusnya, mesyuarat diteruskan dengan ucapan aluan oleh Puan Hajah Melati binti Hj Omar selaku Pengerusi BAKAT PU Labuan. Di dalam ucapannya, Pengerusi telah melahirkan rasa syukur atas kehadiran semua ahli dan menyambut baik ahli-ahli BAKAT baharu ke PU Labuan. Pengerusi turut menzahirkan penghargaan atas kejayaan pelaksanaan pelbagai aktiviti sepanjang sesi 2024/2025 walaupun dalam keterbatasan masa ahli yang bergelar isteri dan ibu. Pengerusi juga berkongsi bahawa BAKAT PU Labuan berjaya mendapat tempat ketiga keseluruhan daripada 17 pangkalan lain, serta menerima pujian daripada Pengerusi JBU semasa lawatan ke pangkalan. Pengerusi turut mengajak semua ahli untuk melihat BAKAT sebagai satu platform untuk menambah ilmu, membina silaturrahim, serta berkongsi rezeki dan menekankan pentingnya penglibatan aktif semua ahli demi manfaat bersama, dan berharap semua biro dapat menjalankan tugas masing-masing dengan penuh komitmen.
Mesyuarat diteruskan dengan agenda mesyuarat iaitu pengesahan minit mesyuarat tahun 2024, pembentangan laporan kewangan serta aktiviti sepanjang sesi 2024 dan perlantikan Ketua Biro dan AJK serta perancangan aktiviti bagi sesi 2025.
Pengerusi BAKAT PU Labuan turut menyampaikan sijil penghargaan kepada semua Ketua Biro dan AJK BAKAT PU Labuan bagi tahun 2024 atas usaha, kerjasama dan komitmen dalam memastikan kejayaan aktiviti yang dilaksanakan.
Mesyuarat diakhiri dengan sesi bergambar bersama semua. Adalah diharapkan agar segala perancangan yang direncanakan untuk ahli BAKAT PU Labuan bagi tahun 2025 dapat dilaksanakan sebaiknya dan memberi manfaat kepada semua ahli.