PERBARISAN ULUNG KOMANDER PANGKALAN UDARA KUCHING

DSC 0081 DSC 0120 DSC 0139
DSC 0191 DSC 0218

 

KUCHING, 19 Jan 22 – Perbarisan Ulung Komander Pangkalan Udara Kuching telah diadakan di Dispersal Area, Cabang Pergerakan Udara yang terdiri daripada 5 Pegawai dan 154 anggota LLP. Perbarisan tersebut adalah pertama kali diadakan setelah Kol Mohammad Jafri bin Suboh TUDM mengambil alih tampuk pemerintahan pada 3 Jan 2022 dan secara rasminya berkhidmat sebagai Komander Pangkalan Udara Kuching.

Perbarisan ini diketuai oleh Mej Muhamad Arif bin Zazli TUDM dan dilaksanakan mengikut 'Standard Operating Procedure' (SOP) yang telah ditetapkan bagi mencegah penularan wabak COVID-19. Disamping itu juga, Upacara Pemakaian Pangkat turut diadakan semasa perbarisan berlangsung, yang mana melibatkan seramai 8 pegawai dan 1 anggota LLP.

Komander Pangkalan memulakan ucapan beliau dengan ucapan tahniah kepada pegawai dan anggota LLP yang telah dinaikkan pangkat. Turut menyatakan fokus utama beliau dalam memastikan visi dan misi pangkalan khasnya serta TUDM amnya dapat dicapai. 3 teras utama adalah Kesiapsiagaan, Keselamatan dan Kebajikan. Ketiga-tiga teras ini akan berdasarkan Man And Machines iaitu aset dan sumber manusia untuk kita sentiasa bersedia dari segi fizikal dan mental dalam memastikan pangkalan sentiasa bersiap sedia dalam apa jua keadaan sekalipun.

Warga Pangakalan Udara Kuching mengucapkan tahniah kepada Pegawai dan anggota yang telah di naikkan pangkat. Semoga dengan pangkat yang dianugerahkan akan dijunjung dengan penuh tanggungjawab dan menjadi pemangkin untuk berkhidmat dengan lebih cemerlang pada masa hadapan.