KUANTAN, 19 Jan 22 – Komandan INSPRA, Kol Mohd Shahfreen bin Baba TUDM telah menyempurnakan Majlis Penyampaian Sijil dan Penutup Kursus FCS serta AATCA bertempat di Auditorium Sekolah Bomba dan Menyelamat (SBM), INSPRA.
Seramai 25 penuntut bagi kursus FCS Serial 56/21 berpangkat Kpl U telah menjalani kursus dari 13 Sep 2021 hingga 21 Jan 2022. Bagi kursus AATCA Serial 51/21 telah bermula pada 6 Sep 2021 hingga 19 Jan 2022 dihadiri seramai 21 penuntut berpangkat Laskar Udara Kanan dan satu (1) penuntut berpangkat Laskar Udara Satu.
Penuntut kursus “Fire Controller And Supervisor Serial” 56/21 terbaik keseluruhan disandang oleh Kpl U Mohamad Syafiq bin Shahimi dan penuntut kursus “Advanced Air Traffic Control Assistant Serial” 51/21 terbaik keseluruhan disandang oleh LUK Dineshwaran a/l Ravisanthran.
Majlis ini turut disaksikan oleh Ketua Bahagian Latihan, Lt Kol Sharidan bin Nemad TUDM, Ketua–ketua Sekolah, Pegawai serta Jurulatih.