![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
ALOR SETAR, 5 Jun 25 - Perbarisan Serah Terima Tugas Komandan Kolej Tentera Udara telah diadakan bertempat di padang kawad Kolej.
Upacara dimulakan dengan menandatangani sijil serah terima tugas dan penyerahan tongkat kuasa Komandan Kolej Tentera Udara di antara Mej Jen Ramli bin Mohd Abd Jabar TUDM dan Brig Jen Azman bin Taib TUDM yang telah disaksikan oleh Panglima Pendidikan dan Latihan Udara, Lt Jen Dato' Nur Hafis bin Abdul Karim TUDM.
Setinggi - tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Mej Jen Ramli bin Mohd Abd Jabar TUDM di atas jasa dan khidmat bakti yang telah dicurahkan sepanjang berada di Kolej Tentera Udara dan selamat maju jaya di tempat baharu.
Sekalung tahniah juga diucapkan kepada Brig Jen Azman bin Taib TUDM yang telah diamanahkan oleh pimpinan tertinggi TUDM sebagai Komandan Kolej Tentera Udara yang baharu dalam meneruskan kecemerlangan Kolej Tentera Udara.