MESYUARAT PEGAWAI KANAN TADBIR 2025: MEMPERKASA FUNGSI & PERANAN CAWANGAN TADBIR KE ARAH KECEMERLANGAN ORGANISASI

1 2 3
4 5 6
7 8 9

 

PORT DICKSON, 6 Jun 2025 – Mesyuarat Pegawai Kanan Cawangan Tadbir Tahun 2025 telah dilaksanakan dengan jayanya bertempat di Klana Beach Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan pada 4 hingga 6 Jun 2025.

Pembukaan mesyuarat telah disempurnakan oleh Asisten Ketua Staf Tadbir, Brig Jen Junairi bin Baharom TUDM. Mesyuarat turut dihadiri oleh Timbalan Asisten Ketua Staf Perkhidmatan Anggota (TAKSPA), Brig Jen Hamdan bin Ahmad TUDM; Panglima Rejimen, Brig Jen Mohd Zairul Hisham bin Muhamad Ibrahim TUDM; serta pegawai-pegawai kanan Cawangan Tadbir yang bertugas di Markas ATM, Markas Tentera Udara dan pangkalan/unit di bawah naungan TUDM.

Mesyuarat selama tiga hari ini telah dikoordinasikan oleh Markas Tentera Udara – Bahagian Tadbir (Cawangan Perkhidmatan). Dalam mesyuarat ini, pelbagai agenda penting telah dibincangkan dalam usaha memperkasakan Cawangan Tadbir agar selari dengan Pelan Pembangunan Keupayaan TUDM 2055, serta memastikan tanggungjawab dan peranan Cawangan Tadbir dalam mendukung pengoperasian TUDM sentiasa berada pada tahap yang cemerlang.

Antara agenda yang menjadi keutamaan adalah perbincangan berkaitan hala tuju, isu-isu semasa, pembangunan sumber manusia serta langkah-langkah penambahbaikan Cawangan Tadbir mengikut keperluan semasa organisasi ATM amnya dan TUDM khususnya. Mesyuarat ini turut menekankan keperluan untuk menjadikan Cawangan Tadbir sebagai entiti yang responsif dan berupaya menyokong strategi keseluruhan pertahanan negara melalui tadbir urus yang cekap, berintegriti dan berasaskan prestasi.

AKS Tadbir dalam ucapan penutup menyatakan harapan beliau: “Setiap resolusi yang telah dicapai sepanjang mesyuarat ini dapat diterjemahkan secara efektif dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab di pasukan masing-masing. Pastikan setiap kerangka hala tuju Cawangan Tadbir yang telah dirangka dapat dilaksanakan dengan sebaiknya demi memperkukuh kecekapan penyampaian perkhidmatan serta menjulang kecemerlangan organisasi TUDM secara menyeluruh.”

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer