![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
GONG KEDAK, 26 Februari 2025 – Perbarisan Pegawai Waran Pangkalan, Pangkalan Udara Gong Kedak telah diadakan di Padang Kawad Pangkalan. Perbarisan yang dianggota seramai 148 Anggota Lain-lain pangkat telah diketuai oleh PW U I Syazwan bin Nasharudin. Perbarisan dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan Perwira Di Angkasa. Seterusnya, Pegawai Waran Pangkalan, PW U I Mohd Khlib @ Khalib bin Wahab mengadakan pemeriksaan perbarisan.
Semasa ucapan, Pegawai Waran Pangkalan menekankan supaya semua anggota perlu sentiasa mepamerkan dan mengekalkan tahap disiplin yang tinggi dengan mematuhi segala perintah dan arahan yang telah dikeluarkan oleh pucuk pimpinan pada peringkat Pangkalan dan TUDM. Beliau turut menegaskan bahawa tindakan tegas akan jika terdapat anggota yang terlibat atau disabitkan dengan kes salah laku dan tatatertib terutamanya penyalahgunaan dadah.
Selain itu, beliau menasihatkan untuk menjaga perhubungan silaturahim di kalangan warga pangkalan dan harus diperkukuh sebilang masa. Beliau turut berpesan kepada semua anggota khususnya yang beragama Islam untuk melaksanakan tanggungjawab ibadah puasa dan zakat sempena bulan Ramadhan yang bakal menjelang tidak lama lagi.
Perbarisan ini merupakan satu acara perjumpaan secara tradisi rejimental untuk menyampaikan amanat pimpinan tertinggi TUDM dan memaklumkan sesuatu perkara penting yang terkini secara terus kepada anggota LLP. Perbarisan diakhiri dengan bacaan doa dan berjalan keluar.