![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
KUANTAN, 24 Februari 2025 – Markas Pemerintahan Pendidikan dan Latihan Udara (MPPLU) telah melaksanakan Pemeriksaan Tahunan Panglima Pendidikan dan Latihan Udara ke Institut Latihan Pengurusan Ruang Angkasa (INSPRA) pada 24 hingga 26 Februari 2025.
Ketibaan pasukan pemeriksa yang diketuai oleh Ketua Staf MPPLU, Brigedier Jeneral Norazman bin Ismail TUDM bersama pegawai-pegawai kanan MPPLU telah disambut oleh Komandan INSPRA, Kolonel Mohammed Firdauz bin Haji Osman TUDM bersama barisan pegawai serta jurulatih INSPRA. Taklimat pembukaan telah disampaikan oleh pihak INSPRA yang merangkumi pelbagai tindakan yang telah diambil berdasarkan hasil pemeriksaan tahun sebelumnya.
Pemeriksaan tahunan ini bertujuan memastikan tahap keselamatan dan kesiagaan INSPRA sentiasa berada pada tahap terbaik sebagaimana yang telah ditetapkan oleh pucuk pimpinan tertinggi TUDM. Pemeriksaan kemudiannya diakhiri dengan sesi pembentangan taklimat balas antara MPPLU dan INSPRA berkenaan penemuan yang diperoleh sepanjang pemeriksaan dilaksanakan.