PERBARISAN PEGAWAI MEMERINTAH MPBU

4 5
1 2 3

 

SUBANG, 28 Apr 22 – Markas Pemerintahan Bantuan Udara (MPBU) telah melaksanakan Perbarisan Pegawai Memerintah bertempat di Padang Kawad markas yang dihadiri oleh semua pegawai, anggota LLP, serta kakitangan awam yang berkhidmat di MPBU.

Dalam perbarisan itu juga, Pegawai Memerintah MPBU, Kol Mohamad Fakhri bin Yahya TUDM turut menyampaikan beg raya bagi anggota petugas MPBU yang bertugas pada Hari Raya Aidilfitri nanti.

Di dalam ucapannya, beliau menyebut tentang kepentingan nilai integriti di kalangan warga kerja MPBU. Sifat jati diri yang merangkumi keikhlasan, ketelusan, amanah dan boleh dipercayai merupakan makna integriti yang sebenar.

Beliau turut mengingatkan tentang "10km Challenge" yang akan diaktifkan kembali aktivitinya selepas hari raya sebagaimana dinyatakan di dalam perutusan Panglima Tentera Udara ke-20 baru-baru ini.

Beliau turut menyeru warga MPBU bersempena penghujung Ramadan agar bersungguh-sungguh melipatgandakan membuat amal kebaikan dan mengejar malam yang lebih baik daripada seribu bulan iaitu malam lailatul qadar.

Beliau mengakhiri ucapan dengan amanat bagi tahun 2022 selaku Pegawai Memerintah agar semua anggota MPBU bersama-sama beliau berganding bahu untuk meneruskan legasi bagi menjadikan MPBU sebuah organisasi profesional dan berintegriti.

Beliau juga turut mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua warga MPBU dan mengingatkan anggota yang pulang beraya ke kampung agar sentiasa mengutamakan keselamatan di dalam meraikan Syawal tahun ini.