ALOR SETAR, 28 Apr 22 - Komandan KTU, Brig Jen Ramli bin Mohd Abd Jabar TUDM merangkap Penaung Surau Al-Iman KTU telah menyempurnakan Majlis Khatam Al-Quran Peringkat KTU bertempat di Surau Al-Iman pagi tadi.
Pada tahun ini, seramai 59 peserta Tadarus terlibat bagi menjayakan Program Ihya' Ramadhan 1443H. Seramai 28 orang peserta Tadarus Muslimin dan 31 orang peserta Tadarus Muslimat yang terdiri daripada warga anggota, kakitangan awam dan Ahli BAKAT KTU.
Majlis Khatam Al-Quran pada tahun ini dipimpin oleh Mej Hashim bin Abdul Rahman, Pegawai Agama Kanan Kolej merangkap Penasihat Surau Al-Iman.
Turut hadir mengiringi Komandan, Pegawai Eksekutif Kolej, Kol Rizam bin Ibrahim TUDM, merangkap YDP Agama Surau Al Iman serta Pegawai-pegawai Memerintah dan Ketua-ketua Cawangan.
Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada semua peserta muslimin dan peserta muslimat yang terlibat dalam menjayakan Program Tadarus Al-Quran sepanjang Ramadhan.