MAJLIS PELANTIKAN EJEN PROJEK KIK K-BEMS

Picture 2 Picture 3 Picture 4

 

SUBANG, 28 April 2022 – Majlis Pelantikan Ejen kepada Encik Hazlin bin Mahayudin dari Syarikat Metal Bayu Sdn. Bhd telah diadakan di Hangar B, No 16 Skuadron, Pangkalan Udara Subang. Kumpulan KIK Jejak Samudera telah mendapat sokongan penuh daripada Pegawai Memerintah No 16 Skuadron, Lt Kol Mohamad Zaini bin Zainorin TUDM dalam program KIK tahun 2022.

Jejak Samudera yang dipimpin oleh Kapt Eddy Hiew TUDM merupakan kumpulan yang pertama dalam TUDM telah berjaya memasuki Fasa ke-3 (Pengkembangan Projek – Skop Pengkomersialan) melalui Pembudayaan dan Pemerkasaan Inovasi dalam Sektor Awam serta Panduan Horizon Baharu KIK yang dikeluarkan oleh MAMPU.

Majlis tersebut turut dihadiri oleh Pegawai Inovasi TUDM, Mej Hairul Zaimy bin Ibrahim TUDM serta Fasilitator Kumpulan KIK Mej Ir. Ridzman bin Mohamad Selamat TUDM bagi menyaksikan pelantikan tersebut.

Melalui Pekeliling Transformasi Pentadbiran Awam Bil. 1 Tahun 2016 Bab 4.1.7, Pelantikan Ejen adalah elemen ketiga dalam skop pengkomersialan iaitu agensi/ ahli KIK digalakkan untuk melantik ejen bagi memudahkan urusan pengkomersilana dan dipertanggungjawabkan untuk membantu serta memastikan kejayaan pelaksanaan aktiviti pengkomersialan.

Tahniah diucapkan kepada Kumpulan Jejak Samudera dengan projek Knight-Bi Electronic Management System (K-BEMS) kerana telah berjaya melepasi Fasa ke-3 ini dan semoga mampu ke peringkat yang lebih tinggi.