PERBARISAN PEGAWAI MEMERINTAH DEPOH MATERIEL UTAMA PANGKALAN UDARA SUBANG

5 1 6
7 2 4

 

SUBANG, 14 Januari 2026 – Depoh Materiel Utama telah melaksanakan Perbarisan Pegawai Memerintah bertempat di Depoh Materiel Utama, pagi ini.

Perbarisan terdiri daripada 3 Pegawai dan 70 Anggota LLP yang diketuai oleh Kapt Noor Zazlinda binti Zakaria TUDM; Ketua Flait No 1 diketuai oleh Lt Muhammad Nur Asraff bin Nordin TUDM; Ketua Flait No 2 diketuai oleh Lt Muhammad Faizal bin Sabarudin TUDM manakala Pegawai Waran Perbarisan, PW U II Hairuddin bin Hanipah.

Upacara perbarisan dimulakan dengan tabik hormat kepada Pegawai Memerintah Depoh Materiel Utama, Lt Kol Hamon Razif bin Abd Hamed TUDM dan seterusnya pemeriksaan perbarisan oleh Pegawai Memerintah.

Dalam ucapan Pegawai Memerintah Depoh Materiel Utama, beliau mengingatkan agar setiap anggota menjaga tingkah laku dan disiplin sebagai seorang anggota tentera yang terlatih serta menjauhkan diri dari penyalahgunaan najis dadah, tidak hadir tanpa cuti (THTC), judi online dan buli. Beliau juga menitik beratkan dan mengingatkan semua berkenaan nilai teras TUDM perlu sentiasa diutamakan dalam melaksanakan tugasan seharian. Dalam ucapan beliau turut menyebut mengenai 6 Tonggak PTU iaitu Mencapai Keupayaan & Kesiagaan Tertinggi, Kemampanan Aset Pertahanan Udara, Memperkukuhkan Kecemerlangan Warga, Meningkatkan Dokongan Logistik, Memperkasakan Doktrin & Prosedur dan Melestarikan Warga Udara.

Perbarisan diakhiri dengan laungan Ikrar Kesatria, Ikrar Bebas Rasuah dan bacaan doa. Turut hadir dalam perbarisan ini, Pegawai dan Anggota serta kakitangan awam.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer

AGENSI DALAMAN