![]() |
![]() |
KUANTAN, 9 Januari 2026 – Perbarisan Serah Terima Tugas Ketua Staf Markas Wilayah Udara 1 (MAWILUD 1) telah diadakan di Hangar No 10 Skuadron, Pangkalan Udara Kuantan. Perbarisan ini terdiri daripada 4 Pegawai dan 73 anggota LLP yang diketuai oleh Mej Muhammad Amru’ bin Azmi TUDM. Ajutan Perbarisan, Kapt Mohd Azizie Alex TUDM manakala Pegawai Waran Perbarisan, PW U II Mohammad Azroy bin Suhaimi. Perbarisan ini turut dihadiri oleh semua Pegawai Eksekutif MAWILUD 1, pegawai-pegawai serta warga markas dan pangkalan.
Dalam perbarisan ini menyaksikan Mej Jen Wan Azwan Azwari bin Wan Ali TUDM telah menyerahkan tugas Ketua Staf Markas Wilayah Udara 1 kepada Brig Jen Ahmad Edros bin Ahmad Osman TUDM sambil disaksikan oleh oleh Panglima Wilayah Udara 1, Mej Jen Dato’ Mahadzer bin Amin TUDM.
Seluruh warga MAWILUD 1 mengucapkan terima kasih kepada Mej Jen Wan Azwan Azwari bin Wan Ali TUDM di atas jasa bakti dan sumbangan sepanjang menerajui MAWILUD 1 mulai 13 Sep 24 hingga 19 Jan 26. Beliau akan bertukar ke Markas Angkatan Bersama memegang jawatan sebagai AKS J3.
Tahniah diucapkan kepada Brig Jen Ahmad Edros bin Ahmad Osman TUDM yang telah dilantik sebagai Ketua Staf MAWILUD 1. Semoga beliau terus berjaya dan cemerlang di dalam melaksanakan tugas yang telah diamanahkan.





