![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
SENDAYAN, 16 Jan 26 : MTU-Cawangan Perundangan telah menerima lawatan sambil belajar dari Kelab Hal Ehwal Luar Antarabangsa dan Alumni (HELAA), Kolej Tun Hussein Onn, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) melibatkan seramai 43 orang pelajar dan 5 orang felo.
Lawatan ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan mendalam kepada pelajar mengenai peranan dan fungsi perundangan dalam organisasi ketenteraan, tatacara perundangan serta memberi peluang laluan kerjaya dalam bidang yang berkaitan.
Acara dimulakan dengan taklimat ringkas yang disampaikan oleh Timbalan Pengarah, Lt Kol Mohd Faeizal bin Mahamad TUDM berkenaan peranan dan fungsi MTU-Cawangan Perundangan di dalam TUDM khususnya dan ATM amnya.
Pelajar dan Felo UKM juga telah diberikan pendedahan berkenaan prosedur perbicaraan mahkamah tentera serta hukuman-hukuman yang dijatuhkan oleh mahkamah tentera.
Seterusnya, mereka juga dibawa melawat ke Muzium TUDM bagi tujuan menelusuri sejarah penubuhan Tentera Udara Diraja Malaysia serta mengenali pesawat-pesawat yang dimiliki oleh TUDM.
Akhir lawatan, MTU-Cawangan Perundangan dan Muzium TUDM telah menyampaikan cenderahati kepada ketua delegasi sebagai tanda kenang-kenangan









