BANDAR SRI SENDAYAN, 19 Oct 22 – Pangkalan Udara Sendayan telah melaksanakan Perbarisan Komander bertempat di Padang Kawad Markas Pangkalan yang dihadiri oleh semua Pegawai-pegawai, anggota LLP serta kakitangan awam yang berkhidmat di Pangkalan Udara Sendayan
Perbarisan telah diketuai oleh Mej Mohammad Adnan Fareed bin Mohammed Akbar TUDM dari INSKEP, manakala Ajutan Perbarisan adalah Kapt Mohammad Khidzir bin Nor Mas Ariff TUDM dan Pegawai Waran Perbarisan adalah PW U I Ismail bin Zulkifli. Pangkalan turut dibantu oleh Pasukan Pancaragam TUDM dari ATU Ipoh yang diketuai oleh Lt Muhammad Hanif bin Che Razak TUDM bagi menjayakan perbarisan tersebut.
Dalam ucapan beliau, Komander Pangkalan mengingatkan kepada semua pegawai dan anggota dilarang mengambil bahagian didalam aktiviti politik dan membuat apa - apa pernyataan awam sama ada secara lisan atau bertulis semasa pilihan raya yang akan dilaksanakan tidak lama lagi. Beliau juga memaklumkan supaya setiap pegawai dan anggota memainkan peranan masing-masing didalam membanteras aktiviti judi online dan penyalahgunaan dadah.
Diakhir ucapan beliau merakamkan jutaan terima kasih kepada semua warga Pangkalan Sendayan di dalam usaha dan khidmat dalam menjayakan pemeriksaan IJTU pada 19 hingga 22 September 22 yang lepas.