MINGGU KESELAMATAN PANGKALAN

DSC 6687 DSC 6700 DSC 6712
DSC 6721 DSC 6722 DSC 6737

 

KUANTAN, 19 Okt 22 – Pangkalan Udara Kuantan telah mengadakan minggu keselamatan Pangkalan bertempat di Hangar Detasmen No 12 Skn. Pelancaran perasmian minggu keselamatan Pangkalan telah disempurnakan oleh Komander Pangkalan, Brig Jen Ahmad Khusairi bin Ahmad Fadli TUDM.

Seterusnya majlis diteruskan dengan ceramah dan demonstrasi sebatan bagi jenayah berat dan jenayah syariah dari Jabatan Penjara Bentong Pahang oleh En Mohd Zulkifli bin Zakaria Penguasa Penjara Bentong Pahang. Pihak penjara juga membuka booth pameran barang-barang yang berjaya di rampas dari banduan dalam penjara.

DSC 6751 DSC 6757 DSC 6781
DSC 6789 DSC 6821 DSC 6825
DSC 6847 DSC 6861 DSC 6865

 

Program kali ini turut menjemput tetamu istimewa iaitu Wan Aminuddin bin Wan Ismail atau juga dikenali sebagai Ameng Spring vokalis kumpulan Spring bagi berkongsi pengalaman beliau sebagai banduan yang pernah terlibat dengan dadah dan dijatuhkan hukuman selama 8 tahun dipenjara. Beliau telah berjaya keluar dari masalah dadah dan masih belajar untuk hidup bebas tanpa dadah. Semoga dengan perkongsian beliau sedikit sebanyak dapat memberi kesedaran kepada warga Pangkalan tentang bahayanya dadah kepada diri dan masyarakat sekeliling. Beliau turut mendendangkan beberapa buah lagu yang pernah Hits pada zaman kegemilangannya dan sebuah lagu yang beliau sempat karang sewaktu beliau masih di ‘tirai besi’ yang berjudul ‘Jalan Pulang’.

DSC 6883 DSC 6890 DSC 6957
DSC 6962 DSC 6969 DSC 6971

 

Pada sesi petang Majlis diteruskan dengan ceramah integriti dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang disampaikan oleh En Mohamad Azhar bin Abang Mentaril Pegawai Siasatan. Diakhir majlis turut diadakan penyampaian hadiah bagi pertandingan sudut keselamatan terbaik diantara Skuadron. Pemenang tempat pertama pertandingan bagi tahun 2022 telah dimenangi oleh Cawangan Tadbir , tempat kedua No 10 Skn dan tempat ketiga PLTB 3.

Tujuan program ini diadakan adalah untuk mendapatkan pendedahan terkini mengenai keselamatan dan kesihatan pekerjaan kepada semua anggota dalam Pangkalan.