PERBARISAN BULANAN KOMANDER PANGKALAN UDARA KUCHING

DSC 0102 DSC 0190 DSC 0205
DSC 0240 DSC 0269 DSC 0349

 

KUCHING, 19 Okt 22 - Perbarisan Bulanan Komander Pangkalan Udara Kuching telah diadakan di Hadapan Markas Pangkalan Udara Kuching yang terdiri daripada 5 Pegawai dan 154 anggota LLP di Ketuai Oleh Mej Mohd Syukri bin Abd Mutalib TUDM.

Sementara itu, Komander Pagkalan turut menyempurnakan Upacara Pemakaian Pangkat semasa perbarisan berlangsung kepada 10 anggota LLP yang bertugas di PU Kuching.

Komander Pangkalan memulakan ucapan beliau dengan ucapan tahniah kepada anggota yang telah dinaikkan pangkat. Beliau juga turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada warga Pangkalan kerana telah menjayakan beberapa acara penting di peringkat pangkalan dan peringkat TUDM.

Beliau turut menyatakan hasrat utama beliau dalam memastikan visi dan misi pangkalan khasnya serta TUDM amnya dapat dicapai melalui tiga (3) Teras Utama iaitu Kesiapsiagaan, Keselamatan dan Kebajikan. Ketiga-tiga teras ini berdasarkan Man And Machines iaitu aset dan sumber manusia untuk kita sentiasa bersedia dari segi fizikal dan mental bagi memastikan pangkalan sentiasa bersiap sedia dalam apa jua keadaan sekalipun.