KUANTAN, 6 Mac 24 – Bertempat di Dispersal Area Cawangan Kejuruteraan telah berlangsung Perbarisan Bulanan Pegawai Waran Pangkalan, pagi ini.
Perbarisan berkomposisi seramai 181 Anggota Lain-lain pangkat ini diketuai oleh PW U I Mohd Badlishah bin Rosli. Perbarisan dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan seterusnya pemeriksaan perbarisan oleh Pegawai Waran Pangkalan, PW U I Zaizul Azmi bin Othman.
Dalam ucapan Pegawai Waran Pangkalan, beliau menekankan kepatuhan anggota LLP kepada Direktif Panglima Tentera Udara No 5 B iaitu Langkah-langkah Pencegahan Dadah Berbahaya dimana segala program antidadah hendaklah direkodkan oleh Jawatan Kuasa Anti Dadah (JKAD). Beliau juga mengingatkan kepada semua anggota agar menjauhi segala aktiviti pengedaran dan penyalahgunaan dadah berbahaya.
Selain itu, pematuhan kepada Direktif Panglima Tentera Udara No 18 iaitu Kesalahan Melibatkan Integriti dan Perikemanusiaan. Perikemanusiaan dalam direktif ini merujuk kepada jenayah tubuh badan iaitu buli. Hal ini kerana perbuatan buli ini menjejaskan nama baik Tentera Udara Diraja Malaysia dan sekiranya sabitan diperolehi terhadap mana-mana kesalahan sebegini dimana jua peringkat perbicaraan, anggota-anggota yang terlibat hendaklah diberhentikan perkhidmatan selaraskan dengan peruntukan Peraturan-Peraturan Angkatan Tentera.
Perbarisan bulanan merupakan satu acara perjumpaan secara tradisi rejimental untuk menyampaikan amanat pimpinan tertinggi TUDM serta memaklumkan perkara penting yang terkini secara terus kepada anggota.