SESI LIBAT URUS DAN LAWATAN KERJA OLEH JABATAN PERKHIDMATAN AWAM DI CAWANGAN PERUNDANGAN DAN CAWANGAN PROVOS MARSYAL TUDM

IMG 1180 IMG 1187 IMG 1200
IMG 1215 WhatsApp Image 2024 03 08 at 084204 WhatsApp Image 2024 03 08 at 084206
WhatsApp Image 2024 03 08 at 084206 1 WhatsApp Image 2024 03 08 at 084207 WhatsApp Image 2024 03 08 at 084207 1

 

Sendayan, 6 Mac – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah menerima kunjungan deligasi daripada Bahagian Perjawatan Dan Organisasi, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA-BPO) yang diketuai oleh YBrs Tuan Mohd Nazri bin Dollah, Timbalan Pengarah Kanan JPA-BPO.

Libat urus ini diadakan bertujuan untuk melihat secara langsung organisasi dan pengoperasian Cawangan Provos Marsyal TUDM dan Cawangan Perundangan yang menjalankan fungsinya sebagai badan yang menguatkuasakan dan menguruskan perjalanan undang-undang dalam TUDM.

WhatsApp Image 2024 03 08 at 084207 2 WhatsApp Image 2024 03 08 at 084208 WhatsApp Image 2024 03 08 at 084208 1
WhatsApp Image 2024 03 08 at 084208 2 WhatsApp Image 2024 03 08 at 084209 WhatsApp Image 2024 03 08 at 085205

 

Dalam lawatan tersebut juga telah diadakan demonstrasi perbicaraan Mahkamah Tentera, demonstrasi pengendalian ujian air kencing, poligraf dan forensik digital serta latihan menembak pistol.

Turut terlibat dalam sesi ini adalah Pengarah Pembangunan Sumber Manusia, Kol Hazmi bin Zainol TUDM, Pengarah Perkhidmatan, Kol Zuhamri bin Mat Daud TUDM, Lt Kol Wan Sulaiman bin Wan Hamat TUDM serta pegawai-pegawai daripada Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) Kementerian Pertahanan dan Markas Tentera Udara-Bahagian Sumber Manusia, (MTU-BSM).