TAKLIMAT DAN PENERANGAN PELAN PEMBANGUNAN KEUPAYAAN TUDM 2055 (CAP55)

BAZ 6003 BAZ 6051 BAZ 6095
BAZ 6107 BAZ 6123 BAZ 6162

 

GONG KEDAK, 5 Mac 24 – Satu program taklimat dan penerangan tentang Pelan Pembangunan Keupayaan TUDM 2055 atau RMAF Capability Plan 2055 (CAP55) telah disampaikan oleh Komander Pangkalan PU GK, Kol Mohd Faizal bin Abu Bakar TUDM kepada anggota berpangkat koperal ke bawah. Terdahulu Komander Pangkalan telah mengadakan penerangan secara berasingan kepada semua Pegawai PUGK dan anggota Bintara berpangkat Pegawai Waran sehingga Sjn.

Program ini melibatkan kehadiran semua ahli Wisma Ahli Udara yang diadakan di Dewan Puteri, PU GK. Turut hadir semasa program ialah Ketua Cawangan Tadbir, Pegawai Penjaga WAU, Ajutan Pangkalan dan Pegawai Waran Pangkalan.

Tujuan sesi taklimat dan penerangan tentang CAP55 ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan dan penjelasan yang lebih terperinci kepada anggota mengenai objektif dan perancangan TUDM ke arah merealisasikan CAP55 bagi memperlengkapkan serta memperkasakan kesiapsiagaan TUDM sebagai kuasa udara berspektrum tinggi dan kredibel di dalam mempertahankan kedaulatan negara.

Penerangan yang terlaksana pada sesi taklimat ini buat setiap anggota PU GK ialah bagi menambah pemahaman secara khusus kepada warga koperal ke bawah di dalam pelan pembangunan jangka panjang CAP55. Ini juga dapat mempersiapkan diri mereka dari segi mental dan juga fizikal di dalam menempuh evolusi keupayaan serta cabaran untuk menjalankan tanggungjawab sebagai anggota TUDM pada masa akan datang.