KUCHING,18 Okt 2022 – Pangkalan Udara Kuching telah menganjurkan program Taklimat Kesedaran berkaitan isu ekstremisme, radikalisme dan terorisme yang disampaikan oleh Pengarah Anti Keganasan MDIO (Malaysian Defence Intelligence Organisation) merangkap Ketua Task Force Perisai Wira ATM iaitu Kol Dr Zulkarnain bin Haron bertempat di Dewan Sri Angkasa PU Kuching.
Tujuan utama taklimat ini dijalankan adalah untuk memberi penerangan dan penjelasan tentang isu ekstremisme, radikalisme dan terorisme kontemporari termasuk isu Salafi Wahabi, ajaran sesat dan tindakan pasukan untuk menanganinya.
Seterusnya program ini juga memberi kesedaran kepada warga ATM supaya tidak terpengaruh dan melibatkan diri dengan perjuangan kumpulan-kumpulan ekstremis, radikal dan teroris. Dalam waktu yang sama, ia juga dapat memberi kefahaman mengenai aspek perundangan anti keganasan supaya tidak ada warga ATM yang terperangkap dengan undang-undang anti keganasan di Malaysia.