PERBARISAN AKADEMI SUKU PERTAMA TAHUN 2025

1 2 3
4 5 6

 

IPOH, 20 Mac 2025 – Akademi Tentera Udara (ATU) telah melaksanakan Perbarisan Akademi bertempat di Padang Kawad A dan telah dihadiri oleh pegawai, anggota LLP serta kakitangan awam ATU.

Upacara perbarisan dimulakan dengan Komandan ATU, Kol Rafiddee bin Dollah TUDM menerima tabik hormat dan seterusnya melaksanakan pemeriksaan barisan yang terdiri daripada 5 Pegawai dan 169 anggota LLP diketuai oleh Mej Mohd Muqlis bin Badrul Hisham TUDM manakala Ajutan Perbarisan Kapt Muhammad Syakir bin Zaini Alamar TUDM dan Pegawai Waran Perbarisan PW U II Masaod bin Md Noor.

Dalam ucapan Komandan, beliau menzahirkan tanda kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana diberi keizinan untuk berkumpul bersama warga ATU bagi menyampaikan amanat, pesanan dan nasihat kepada warga ATU. Beliau seterusnya menekankan beberapa aspek yang perlu dititikberatkan serta dipraktikkan oleh warga ATU seperti disiplin, sikap, budaya hormat-menghormati, integriti dan kompetensi supaya menjadi seorang anggota yang kompeten serta mampu mendokong misi serta visi ATU. Beliau juga mengucapkan kata-kata penghargaan kepada seluruh warga ATU yang telah terlibat dalam menjayakan aktiviti-aktiviti Akademi dari awal tahun sehingga ke hari ini.

Di kesempatan itu juga, Komandan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh warga ATU yang beragama Islam dan mengingatkan agar merancang sebaik mungkin perjalanan balik ke kampung halaman agar terhindar daripada sebarang musibah dan selamat sampai ke destinasi masing-masing. Upacara perbarisan diakhiri dengan bacaan Ikrar Bebas Rasuah oleh seluruh warga ATU dan bacaan doa.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer