![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
BANDAR SRI SENDAYAN, 20 Mac 25 – ”Bulan Ramadan yang diturunkan padanya Al-Quran, yang menjadi petunjuk kepada seluruh umat manusia’. Bagi mengimarahkan Ramadan kali ini, Pusat Islam Pangkalan Udara Sendayan telah menganjurkan Majlis Khatam Al-Quran 1446H/2025M di peringkat pangkalan. Majlis khatam al-Quran ini telah diketuai oleh Pegawai Agama PU Sendayan, Kapt Mohammad Uzair bin Rusli. Majlis ini disertai oleh seramai 31 peserta lelaki dan 20 peserta perempuan terdiri dari anggota tentera, awam dan ahli BAKAT. Majlis ini digabungkan bersama ahli BAKAT PU Sendayan yang dihadiri seramai 20 peserta.
Majlis ini telah diraikan dengan kehadiran Komander Pangkalan Udara Sendayan Kol Azman bin Taib TUDM. Majlis ini juga diserikan lagi dengan penyampaian cenderahati kepada peserta tadarus lelaki yang telah disempurnakan oleh Komander Pangkalan. Manakala penyampaian cederahati kepada peserta tadarus BAKAT disampaikan oleh Puan Che Dahlia binti Che Dan merangkap Timbalan Pengerusi BAKAT PU Sendayan.
Program ini bertujuan bagi memupuk kecintaan dan minat terhadap Al-Quran dalam menghidupkan syiar Islam disamping mengimarahkan Ramadan dengan bacaan Al-Quran serta mempekukuhkan kerohanian dalam kalangan warga PU Sendayan. Semoga beroleh keberkatan sebanyak-banyak dan dilimpahi rahmat dari Allah SWT.