PERASMIAN PEMBUKAAN KURSUS PEMBANTU SAJIAN KELAS I SIRI 6/21 DAN KURSUS PEMBANTU SAJIAN KELAS II SIRI 7/21

1

SENDAYAN, 10 Mac 21 – Perasmian Pembukaan Kursus Pembantu Sajian Kelas I Siri 6/21 dan Kursus Pembantu Sajian Kelas II Siri 7/21 telah disempurnakan oleh Lt Kol Hamdan bin Ahmad TUDM, Pegawai Memerintah Institut Pengajian Pentadbiran dan Pengurusan (INSTAR). Turut hadir Kapt Muhammad Shakir bin Eddy Warman TUDM, Ketua Sekolah Kulinari dan Hospitaliti.

Perasmian pembukaan kursus ini telah dilaksanakan secara maya melalui google meets di antara pihak INSTAR dan Pusat Hospitaliti Tentera Udara bagi mengekang penularan wabak COVID-19. Ianya juga adalah seruan daripada kerajaan Malaysia untuk tidak merentas negeri dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).