PROGRAM CERAMAH KHAS

DSC 0206 DSC 0210

 

LABUAN, 11 Mac 21 - Bersempena dengan sambutan Israk Mikraj, Pejabat Agama Pangkalan Udara Labuan telah menganjurkan satu ceramah khas yang diadakan di Surau As-Saadah, PU Labuan.

Ceramah bertajuk Rahsia Disebalik Israk Mikraj ini telah disampaikan oleh Ustaz Hj Ahmad Shahrizal bin Mohd Saffian, Pegawai Pengurus Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan.

Turut hadir Komander Pangkalan, Brig Jen Nur Hafis bin Abdul Karim TUDM, YDP Agama Pangkalan, Lt Kol Ahmad Subki bin Tugimin TUDM dan Eksekutif pangkalan serta seluruh warga PU Labuan.

Melalui program ceramah ini, semoga hadirin dapat mengambil pengajaran berdasarkan peristiwa yang berlaku terhadap Nabi S.A.W junjungan kita serta menjadikan baginda sebagai model untuk dicontohi sifat ketabahan dalam menangani krisis dan cabaran dalam menyebarkan risalah Islam.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer