SENDAYAN, 10 Mac 21 – Kol Hj Ahmad bin Yusof TUDM, Komander Pangkalan Udara Sendayan telah merasmikan Pelancaran E-Rujukan Tadbir di Auditorium Rajawali Markas Pendidikan dan Latihan Udara. Turut hadir Lt Kol Hamdan bin Ahmad TUDM, Pegawai Memerintah INSTAR; Lt Kol Omar Zai bin Abas TUDM, Pegawai Memerintah INSMAT serta Lt Kol Nasruddin bin Khalid TUDM, Pegawai Memerintah INSKEP.
Ketibaan Komander Pangkalan terlebih dahulu melalui saringan pemeriksaan suhu badan di perkarangan pintu masuk Auditorium sebagai Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi pencegahan penularan COVID-19.
E-Rujukan Tadbir ini adalah sistem lanjutan kepada sistem yang sedia ada dengan beberapa penambahbaikan, variasi, wajah baru, idea baru dan halatuju baru. Sistem ini diharap akan menjadi satu sistem penstoran, penyampaian dan capaian maklumat bagi semua pegawai dan anggota Cawang Tadbir untuk menjadi lebih efektif dan efisyen dalam membantu melaksanakan tugasan seharian mereka.