PERASMIAN PEMBUKAAN EKSESAIS SAREX MALSING SIRI 6/24

1 2 3
4 5 6
7 8 9
10 11 12
13 14 15

 

Majlis Perasmian Pembukaan Eksesais Sarex Malsing Siri 6/24 telah dilaksanakan bertempat di Auditorium INSPRA Pangkalan Udara Kuantan yang disempurnakan oleh Ketua Staf MAWILUD 1, Brig Jen Dato’ Abdul Halim bin Abu Hassan TUDM.

Majlis dimulakan dengan kata-kata aluan dari Co-Exercise Director (Co-EXDIR) iaitu, Lt Kol Ahmad Farhan bin Ahmad TUDM, Pegawai Memerintah No 10 Skn dan Lt Col Lim Seng Wee RSAF, S01 Exercise RSAF HQ mewakili Tentera Udara Republik Singapura (TURS). Seterusnya majlis diteruskan dengan simbolik pemakaian patch eksesais oleh Ketua Staf MAWILUD 1 kepada Co-EXDIR kedua-dua negara dan disusuli pemakaian patch kepada para peserta yang terlibat.

Objektif utama latihan ini adalah untuk meningkatkan tahap kesiagaan Search And Rescue (SAR) di antara kedua-dua angkatan udara di samping berkongsi idea, kepakaran serta kerjasama hubungan bilateral yang sedia terjalin di antara Malaysia dan Singapura.

Eksesais ini merupakan aktiviti tahunan yang melibatkan latihan ketenteraan dua hala di antara TUDM dan TURS. Pada tahun ini, Malaysia melalui TUDM menjadi tuan rumah bagi aktiviti latihan kedua-dua negara yang dilaksanakan secara penggiliran. Eksesais ini melibatkan No 10 Skn TUDM dan pasukan SAR Pasukan Khas TUDM (PASKAU) serta pesawat helikopter EC 725 AP milik TUDM manakala TURS melibatkan pesawat H225M dalam senario SAR yang akan dilaksanakan di perairan Pulau Tioman.