KUCHING, 7 Mei 24 - Komander Pangkalan, Kol Baharin bin Mohamad TUDM bersama isteri, Puan Rosdiana binti Mat Yakim selaku Pengerusi BAKAT PU Kuching telah melaksanakan Ziarah Aidilfitri ke atas beberapa keluarga anggota bertugas di PU Kuching yang menghidap sakit kronik serta OKU. Program ini bertujuan untuk menyantuni di samping menyampaikan sumbangan berbentuk wang tunai serta hamper atau kotak berisi barangan dapur, dari tabung Amal Shoppe PU Kuching dan Tabung Kebajikan pangkalan.
Lawatan ini dimulakan pada sesi pagi dengan lawatan kebajikan ke atas Fauzana binti Uda, isteri kepada anggota PW U II Khairul Azlan bin Jamaludin daripada ketukangan JPU. Isteri beliau menghidap post lumbosacral screw fixation (tulang belakang dipasang skru) yang perlu membuat temujanji dengan doktor setiap tiga bulan sekali untuk memastikan keadaannya stabil.
Lawatan kedua adalah ke rumah kediaman anggota Sjn U Muhamad Farid bin Muhammad Shah daripada ketukangan Kejuruteraan ke atas anak beliau iaitu Muhammad Iman Fauzan bin Muhamad Farid yang menghidap Austism. Adik Farid perlu menjalani rawatan susulan di beberapa tempat iaitu di Klinik Kesihatan Kota Samarahan, Speech Therapy di Hospital Umum Sarawak, Unit KCDC di Klinik Kesihatan Petra Jaya dan OT Therapy Let’s Play di Kota Samarahan.
Lawatan ketiga diteruskan ke rumah kediaman anggota Sjn U Mohammad Firdaus bin Shahbudin daripada ketukangan PKTU. Anak beliau, Nur Ayudia Inara, mengalami Ventricular Septal Defect (jantung berlubang). Adik Ayudia telah menjalani pembedahan pada 19 Ogos 2021 dan sekarang memerlukan pemeriksaan berjadual di Pusat Jantung Hospital Umum Sarawak.
Lawatan diteruskan ke sesi malam pula ke rumah kediaman anggota F/Sjn Abang Al Idza bin Mohd Salleh daripada ketukangan Jurulatih Jasmani. Lawatan ini melibatkan anak angkat beliau iaitu Muhammad Qushayyi Al Idza bin Abdul Rashid yang mengidap Autism. Adik Qushayyi memerlukan rawatan susulan setiap bulan di Hospital Umum Sarawak.
Lawatan kebajikan ini dihadiri oleh Kol Baharin bin Mohamad TUDM, Komander Pangkalan bersama isteri, Puan Rosdiana binti Mat Yakim selaku Pengerusi BAKAT PU Kuching. Lawatan turut disertai oleh Eksekutif Pangkalan yang lain iaitu Lt Kol Nooraizal bin Abdul Rahman@Che Othman, Ketua Cawangan Kejuruteraan, Kapt Mohamad Hafizzullah bin Mohd Nasir, Pegawai Agama Pangkalan dan beberapa orang ahli BAKAT PU Kuching.
Semoga dengan ziarah ini dapat menyuntik semangat kepada keluarga-keluarga yang terlibat, dan sumbangan yang diberikan sedikit sebanyak dapat meringankan beban yang ditanggung. Seluruh warga PU Kuching mendoakan agar keluarga-keluarga berkenaan, diberi kesabaran dan ketabahan dalam menghadapi ujian serta dipermudahkan segala urusan.