SUBANG, 6 Sep 21 – Markas Pemerintahan Operasi Udara (MPOU) telah mengadakan Lembaga Pemilihan Airman Of The Year Tahun 2021 Peringkat MPOU bertempat di Bilik Mesyuarat Utama (BMU) yang dipengerusikan oleh Ketua Staf MPOU, Mej Jen Mahadzer bin Amin TUDM.
Seramai lima orang calon di bawah naungan MPOU telah ditemu duga. Perwujudan anugerah ini adalah sebahagaian unsur rangsangan serta dorongan peningkatan diri bagi anggota LLP. Ia juga merupakan satu usaha untuk memiliki asset penting modal insan yang boleh diteladani oleh semua peringkat anggota.