PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT (CSR) SYARIKAT CELCOM AXIATA SEMPENA HARI PAHLAWAN DAN HARI KEBANGSAAN 2021

DSC 0881 DSC 0889 DSC 0900
DSC 0917 DSC 0925 DSC 0940

 

GONG KEDAK, 6 Sep 21 – Bersempena dengan Hari Pahlawan dan Hari Kebangsaan 2021, Celcom Axiata Berhad amat prihatin serta komited dalam menghulurkan bantuan sumbangan sebagai tanda sokongan dalam menghargai bakti petugas barisan hadapan (Frontliners) termasuk anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi meringankan beban yang ditanggung anggota serta keluarga.

Ketua Bahagian Perhubungan Korporat dan Kerajaan bersama Celcom Axiata Berhad, En Areehan bin Hj Abdullah serta rombongan telah tiba dan disambut oleh Komander Pangkalan, Kol Wan Azwan Azwari bin Wan Ali TUDM di Markas Tadbir, Pangkalan Udara Gong Kedak.

Penyerahan sumbangan sebanyak 100 pek barangan asas makanan telah dilaksanakan oleh Komander Pangkalan dan Ketua Bahagian Perhubungan Korporat dan Kerajaan bersama Celcom Axiata Berhad kepada Ketua-Ketua Skuadron dan Cawangan sebagai simbolik penyerahan Program Khidmat Masyarakat (CSR) Celcom Axiata yang akan disalurkan kepada Anggota Lain-lain Pangkat (LLP) dalam kategori B40.

Pangkalan Udara Gong Kedak mengucapkan jutaan terima kasih dan bersyukur kerana menjadi penerima sumbangan dari pihak Syarikat Celcom Axiata Berhad bagi Program Khidmat Masyarakat (CSR) kepada Angkatan Tentera Malaysia sempena Sambutan Hari Pahlawan dan Hari Kebangsaan.