KUANTAN, 4 Sep 21 – Timbalan Ketua Setiausaha (DASAR), Kementerian Pertahanan dan Tim Delegasi telah mengadakan lawatan kerja ke Pangkalan Udara Kuantan yang telah disambut oleh Komander Pangkalan, Brig Jen Zulkiffli bin Hj Musa TUDM serta pegawai-pegawai Eksekutif pangkalan.
Sepanjang lawatan Timbalan Ketua Setiausaha (DASAR) Kementerian Pertahanan bersama Tim Delegasi telah dibawa melawat ke Markas Wilayah Udara 1 (MAWILUD 1), Markas Angkatan Bersama (MAB), MAWILA 1, Skn 320, ATC Simulator INSPRA, Pameran statik dari Skn 401 di SAR Hanger No 10 Skn, PLTB III dan Terminal Peluru 1.
Semoga dengan lawatan kerja ini dapat membuahkan hasil dan impak yang positif dalam usaha memperkukuhkan lagi pertahanan negara. Di akhir lawatan, Komander Pangkalan telah menyampaikan cenderamata sebagai tanda kenang-kenangan.