PENGANUGERAHAN SAYAP PENERBANGAN JURUMALIM DAN KUATERMASTER UDARA

1 2

 

KUCHING, 9 Mac 2021 – Panglima Wilayah Udara 2, Mej Jen Dato’ Hj Shamsudin bin Kassim TUDM telah diberi mandat oleh Panglima Tentera Udara bagi menyempurnakan Penganugerahan Sayap Penerbangan dan Penutup Kursus Asas Jurusensor Senjata Taktikal – Maritim Siri 06/19 serta Kursus Asas Kuartermaster Udara Siri 15/20 di Dewan Sri Angkasa Pangkalan Udara Kuching. Turut hadir mengiringi beliau adalah Komander Pangkalan Udara Kuching, Kol Mohd Azwan bin Mohd Pohari TUDM dan Mej Hariyanto bin Mohd Ali TUDM selaku pemangku Pegawai Memerintah No 1 Skn.

4 5 6

 

Pelatih Kursus Asas Jurusensor Senjata- Taktikal Maritim Siri 06/19 yang terdiri daripada tiga (3) orang pegawai TUDM dan dua (2) orang pegawai TLDM telah memulakan perjalanan karier di Pusat Latihan Terbang Taktikal (PLTT), No 1 Skuadron pada 23 Nov 19. Dengan dimulai dengan Fasa Kajian Bawah sebelum diikuti dengan fasa latihan penerbangan menggunakan Navigation Flight Trainer (NFT) yang dimuatkan di dalam pesawat CN 235-220M. Sepanjang kursus, pelatih telah diajar dengan ilmu pengetahuan sebagai seorang Jurumalim dan telah didedahkan dengan cabaran sebagai anak kapal di dalam pengoperasian penerbangan pesawat TUDM. Kesemua pelatih telah berjaya menamatkan kursus dengan cemerlang sekaligus melayakkan mereka untuk dianugerahkan sayap penerbangan Jurumalim.

Bagi Kursus Asas Kuartermaster Udara Siri 15/20, terdiri daripada lapan (8) anggota lain-lain pangkat TUDM telah memulakan perjalanan karier sebagai Kuartermaster di No 1 Skuadron pada 5 Feb 20 dan telah berjaya ditamatkan pada 25 Feb 21. Kursus ini terbahagi kepada dua (2) peringkat iaitu fasa kajian bawah sebelum meneruskan fasa latihan penerbangan menggunakan pesawat CN 235-220M. Sepanjang kursus ini, para pelatih telah diberikan dengan ilmu pengetahuan penerbangan sebagai Kuartermaster Udara Sayap Kaku serta tugas dan tanggungjawab yang bakal dipikul dalam pengoperasian sebenar penerbangan pesawat TUDM.

Selain itu juga, Panglima Wilayah Udara 2 juga telah menyampaikan anugerah kepada dua penuntut terbaik daripada kedua- dua kursus yang telah menunjukkan prestasi terbaik sepanjang kursus berlangsung. Penuntut Terbaik Keseluruhan bagi Kursus Asas Jurusensor – Maritim Siri 06/19 telah disandang oleh Lt Mohamad Shahadan bin Mohd Azam TUDM manakala Penuntut Terbaik Keseluruhan bagi Kursus Asas Kuartermaster Udara Siri 15/20 telah dimenangi oleh L/Sjn U Wan Muhammad Aiman bin Wan Yusoff.

3Seterusnya, Panglima Wilayah Udara 2 dan Komander Pangkalan Udara Kuching dalam ucapan beliau mengucapkan syabas dan tahniah diatas kejayaan penuntut kerana berjaya menamatkan kursus dan berharap agar semua penuntut mengamalkan segala ilmu yang telah dipelajari serta menjadi anggota yang berdedikasi dan berilmu.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer