GONG KEDAK, 19 Okt 22 - Markas Pasukan Simpanan Tentera Udara (MPSTU) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah melaksanakan Majlis Perasmian Penutup Cabaran Kokurikulum Pasukan Kadet Bersatu Malaysia (PKBM) Udara Tahun 2022 yang diadakan di Dewan Mahkamah Tentera (MAHTERA), PU Gong Kedak.
Cabaran kokurikulum ini telah bermula pada 17 Sep sehingga 13 Okt 22 yang dilaksanakan secara atas talian. Cabaran ini melibatkan penyertaan sebanyak 25 buah Sekolah Menengah yang mempunyai keanggotaan PKBM Udara. Penjurian bagi cabaran kokurikulum telah berlangsung pada 17 Okt hingga 18 Okt 22 dan melibatkan seramai 31 juri yang terdiri daripada pegawai-pegawai, jurulatih-jurulatih dari MPSTU, guru-guru sekolah serta staf-staf Pejabat Pendidikan Daerah dan Negeri.
Terdapat 5 kategori cabaran kokurikulum yang telah dipertandingkan pada kali ini iaitu Bantu Mula atau Pertolongan Cemas, Kawad Kaki, Mendirikan Khemah Ponco, Ikhtiar Hidup (Menghidupkan Api), Ikatan dan Simpulan.
Majlis Perasmian Penutup Cabaran kokurikulum ini dihadiri oleh Timbalan Pengarah Sektor Pembangunan Murid Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan, Tuan Haji Mashadi bin Dato’ Haji Mustafa, Pengarah Pasukan Simpanan Tentera Udara, Kol Mohd Sam bin Mohd Yusof TUDM, Pengawai Staf 1 Pasukan Simpanan Tentera Udara, Lt Kol Azizol bin Abd Kadir TUDM, Ketua Cawang Tadbir, Lt Kol Juhaini binti Jaafar dan Penolong Pengarah Unit Pembangunan BAKAT Murid , Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan, merangkap Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pengelolaan Cabaran Kokurikulum PKBM U Peringkat Kebangsaan Tahun 2022, En Samsudin bin Haji Musa.
Dalam majlis ini, Timbalan Pengarah Sektor Pembangunan Murid Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan telah menyampaikan hadiah kepada juara keseluruhan pengurusan Cabaran Kokurikulum PKBM Udara dan para pemenang mengikut 5 kategori yang telah dipertandingkan bagi kadet lelaki dan perempuan.
Dalam ucapan beliau, Timbalan Pengarah Sektor Pembangunan Murid Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan yang mewakili Pengarah Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian Pelajaran Malaysia menyatakan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dalam menganjurkan dan menjayakan Cabaran Kokurikulum PKBM Udara Peringkat Kebangsaan 2022. Menurut beliau, program cabaran kokurikulum yang dianjurkan ini bukan sahaja menguji kekuatan mental dan fizikal, malah memupuk sifat berani, yakin diri dan mencungkil kreativiti peserta. Beliau berharap agar para peserta dapat menggunakan ilmu yang diperoleh dengan sebaik-baiknya dan sedia berkongsi ilmu dan pengetahuan dengan rakan-rakan yang lain. Diakhir ucapan, beliau mengucapkan sekalung tahniah kepada semua pemenang-pemenang yang bertanding.
Timbalan Pengarah Sektor Pembangunan Murid Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan juga merasmikan Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah Cabaran Kokurikulum Pasukan Kadet Bersatu Malaysia Udara. Tahniah sekali lagi diucapkan kepada semua pihak yang telah menjayakan Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah Cabaran Kokurikulum Pasukan Kadet Bersatu Malaysia Udara Tahun 2022.
Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Bhg. Kerjaya & Pengambilan)