MESYUARAT TAPISAN ANGGARAN BELANJA MENGURUS (ABM) TAHUN 2026 DAN LAWATAN KERJA KEMENTERIAN KEWANGAN KE PANGKALAN UDARA JUGRA 

1 2 3
4 5 6
7 8 9
10 11 12

 

BANTING, 18 Jun 2025 – YBhg. Encik Shamsol bin Haji Ini, Budget Review Officer (BRO) merangkap Ketua Penolong Pengarah Belanjawan, Pejabat Belanjawan Negara, Kementerian Kewangan, telah mengetuai delegasi bagi pelaksanaan Mesyuarat Tapisan Anggaran Belanja Mengurus (ABM) Tahun 2026 bagi Aktiviti Pertahanan Udara serta Lawatan Kerja ke Pangkalan Udara Jugra.

Acara dimulakan dengan Mesyuarat Tapisan ABM Tahun 2026 yang bertujuan untuk menyelaras dan meneliti peruntukan perbelanjaan pengurusan bagi tahun 2026, bagi memastikan bajet disediakan secara lebih efisien dan bertepatan dengan keperluan semasa. Mesyuarat ini telah dipengerusikan bersama oleh Asisten Ketua Staf Materiel, Brig Jen Nor Azmi bin Abdul Rahman TUDM.

Sebagai kesinambungan kepada mesyuarat, satu Lawatan Kerja ke Pangkalan Udara Jugra telah diadakan bagi menilai keperluan operasi dan mendapatkan gambaran sebenar berkenaan keperluan peruntukan secara fizikal di lapangan. Ketibaan BRO bersama delegasi telah disambut oleh Panglima Markas Rejimen, Brig Jen Mohd Zairul Hisham bin Muhammad Ibrahim TUDM, Pegawai Memerintah PASKAU, Kol Muhammad Mustafa bin Omar TUDM, serta pegawai-pegawai kanan pangkalan. Acara dimulakan dengan sesi menandatangani buku lawatan sebelum diteruskan dengan taklimat oleh Pegawai Memerintah PASKAU dan Pegawai Staf 1 OPKES, Lt Kol Hj Abdullah bin Mohd Zainuddin TUDM, diikuti pameran Static Display.

Turut hadir dalam sesi mesyuarat dan lawatan kerja ini ialah Setiausaha Bahagian (SUB) Bahagian Kewangan, Encik Mohamad Shaffie bin Hassan; Assistant Budget Review Officer (ABRO), Puan Alia binti Ibrahim; Timbalan Setiausaha Bahagian (TSUB) A, Bahagian Kewangan, Encik Saupi bin Rajali; Timbalan Setiausaha Bahagian (TSUB) B, Bahagian Kewangan, Puan Nazlina binti Ahmad; serta pegawai-pegawai dari Kementerian Pertahanan dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer