PEPERIKSAAN KENAIKAN PANGKAT PEGAWAI KAPTEN TUDM KE MEJAR TUDM TAHUN 2025

1 2 3

 

SENDAYAN, 18 Jun 25 – Cawangan Peperiksaan Markas Pemerintahan Pendidikan dan Latihan Udara (MPPLU) telah melaksanakan Peperiksaan Kenaikan Pangkat Pegawai dari Kapten TUDM ke Mejar TUDM bagi tahun 2025. Peperiksaan ini bertujuan menilai tahap kompetensi, pengetahuan dan kematangan setiap pegawai selaras dengan keperluan kerjaya dalam Tentera Udara Diraja Malaysia.

Peperiksaan ini telah berlangsung secara serentak pada 18 dan 19 Jun 2025 di tiga lokasi utama iaitu Pangkalan Udara Sendayan, Pangkalan Udara Butterworth dan Pangkalan Udara Labuan. Seramai 90 calon pegawai telah terlibat dalam sesi peperiksaan ini.

Selamat maju jaya diucapkan kepada semua calon. Semoga kejayaan menyusul sebagai langkah ke hadapan dalam kerjaya dan kepimpinan di dalam TUDM.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer