PROGRAM DERMA DARAH PANGKALAN UDARA JUGRA SEMPENA HARI ULANG TAHUN TUDM KE-67

1 2 3

 

JUGRA, 19 Jun 2025 – Sempena sambutan Hari Ulang Tahun Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Ke-67, Pangkalan Udara Jugra dengan kerjasama Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang telah menganjurkan Program Derma Darah bertempat di Dewan Wisma Ahli Udara, Pangkalan Udara Jugra.

Program yang dikendalikan oleh Pusat Perubatan Angkatan Tentera Pangkalan Udara Jugra itu bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 1.00 tengahari. Seramai 94 warga Pangkalan Udara Jugra telah mendaftar sebagai penderma dan daripada jumlah tersebut, seramai 87 orang telah disaring dan layak menderma.

Program yang dirancang secara tahunan ini sedikit sebanyak membantu menambah bekalan darah bagi pihak hospital dan juga menyemai sifat jiwa murni dalam diri anggota bagi menderma darah untuk kegunaan pesakit yang memerlukan. Usaha ini juga meningkatkan tahap kerjasama di antara pihak Tentera Udara Diraja Malaysia dan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer