KUANTAN, 15 JUL 21 – Panglima Wilayah Udara 1, Mej Jen Dato’ Zahani bin Zainal Abidin TUDM telah mempengerusikan Mesyuarat Pemerintahan Panglima Wilayah Udara 1 Siri 1/21 yang diadakan secara sidang video di bilik Mesyuarat Markas Wilayah Udara 1 (MAWILUD 1).
Pelbagai aspek pentadbiran dan operasi telah dibincangkan selain menjadi medium untuk meyampaikan cadangan atau penambahbaikan dalam pengoperasian dan pentadbiran seluruh unit di bawah naungan MAWILUD 1. Semoga setiap cadangan yang diusulkan mampu mempertingkatkan keupayaan pengoperasian di peringkat markas dan juga skuadron serta unit di bawah naungan.