PENYERAHAN CEK BANTUAN MUSA’ADAH DAN PERASMIAN PROGRAM GEROBOK REZEKI

GEROBOK 1 RKAT F 1  DSC0089
SHARE REZEKI 1 SHARE REZEKI 2 SHARE REZEKI 4

 

KINRARA, 15 Jul 21 - Pegawai Memerintah INSMAT, Lt Kol Omar Zai bin Abas TUDM telah menyantuni warga INSMAT khususnya dari aspek kebajikan anggota. Beliau telah menyempurnakan penyerahan cek bantuan Musa`adah kepada Kpl Abdul Aziz bin Mamat semasa lawatan kebajikan ke rumah anggota di RKAT Blok F.

Disamping itu, Pegawai Memerintah INSMAT turut menyantuni dan menyampaikan ucapan takziah kepada Kapt Shah Iskandar bin Che Daud TUDM di atas pemergian bapa beliau pada 21 Jun 21 dan F/Sjn Zolkofli bin Jaidi di atas pemergian ibunya pada 1 Jul 21 lalu.

Sementara itu, semasa sesi lawatan ke RKAT Kelas F diadakan, Lt Kol Omar Zai bin Abas TUDM turut menyampaikan sijil penghargaan pembancian 100% kepada PW U I Norhisham bin Mohammad, penyerahan sijil pelantikan Ketua RKAT Kelas F kepada F/Sjn Mohd Ikmal bin Jasmy dan sijil penghargaan rumah contoh RKAT Kelas F kepada F/Sjn Mohd Nazri bin Ibrahim.

Pegawai Memerintah juga menyampaikan hadiah kepada Johan acara Virtual Run 5km INSMAT Sempena HUT TUDM Ke-63, Puan Nor Alifah binti Abd Rahman bagi kategori BAKAT, LU I Mahirah Izzati binti Ismail bagi kategori Wanita (Pegawai dan LLP), PW U II Mohd Syaiful Fizuan bin Hj. Abdullah bagi kategori 40 tahun ke atas, F/Sjn Mohd Ihsanuddin bin Roslan bagi kategori 35 tahun ke 39 tahun, LUK Timotius Ahimo bagi kategori 26 tahun ke 34 tahun dan LU II Syazwi Irfan bin Saharudin bagi kategori 25 tahun ke bawah.

Mendepani cabaran COVID-19, Pegawai Memerintah INSMAT juga merasmikan Program Gerobok Rezeki yang dilaksanakan oleh INSMAT sebagai salah satu inisiatif untuk membantu warganya yang turut terkesan akibat pandemik COVID-19 serta berkongsi rezeki dengan masyarakat sekitar yang juga terkesan dengan kesempitan hidup berikutan pandemik COVID-19.

Semoga usaha murni khususnya di dalam urusan kebajikan warga TUDM sentiasa diteruskan dari semasa ke semasa di samping program jiwa murni demi kesejahteraan bersama