KUANTAN, 15 Jul 21 – Sekolah Kawalan Pertahanan Udara (SKPU) INSPRA telah mengadakan Program Jiwa Murni bagi membantu penduduk setempat yang terkesan akibat pandemik Covid19.
Tujuan program diadakan adalah bagi mewujudkan hubungan silaturrahim antara TUDM dengan masyarakat tempatan dan juga memberi ruang kepada pegawai serta staf yang ingin menyalurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan. Bantuan yang diberikan di dalam bentuk keperluan harian seperti beras, telur, roti, biskut, susu, tepung, teh, gula, sardin dan lain-lain. Hasil daripada kutipan sumbangan, SKPU telah berjaya menyediakan sebanyak 37 pek bungkusan untuk agihan.