KERJASAMA PUSAT DARAH NEGARA, KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA SEMPENA HUT TUDM KE-67

1 2 3
4 5 6

 

SUBANG, 9 Jun 2025 – Sempena sambutan Hari Ulang Tahun Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Ke-67, Pangkalan Udara Subang dengan kerjasama Pusat Darah Negara (PDN), Kementerian Kesihatan Malaysia telah menganjurkan Program Derma Darah bertempat di Dewan Ababil, Pangkalan Udara Subang.

Program yang dikendalikan oleh 819 Rumah Sakit Angkatan Tentera (RSAT) itu bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 2.00 petang. Seramai 100 warga TUDM telah mendaftar sebagai penderma dan daripada jumlah tersebut, seramai 74 orang layak menderma darah.

Majlis turut diserikan dengan penyampaian sijil penghargaan oleh Kol Ungku Suzaini bin Ungku Ahmad TUDM selaku wakil Komander Pangkalan Udara Subang kepada wakil Pusat Darah Negara sebagai tanda penghargaan atas kerjasama yang diberikan.

Program tahunan ini bukan sahaja membantu menambah bekalan darah bagi perkhidmatan transfusi darah negara, malah turut memperkukuh hubungan dua hala antara TUDM dan Kementerian Kesihatan Malaysia dalam usaha murni menyelamatkan nyawa.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer