MELAKA, 2 Nov 23 – Asisten Ketua Staf Tadbir, Brig Jen Hj Baharudin bin Hj Abu Hassan TUDM telah mempengerusikan Mesyuarat Panel Cawangan Tadbir tahun 2023 bertempat di Bayou Lagoon Park Resort, Melaka pada 31 Okt hingga 2 Nov 23 yang melibatkan seramai 46 orang peserta yang terdiri daripada panel dan ahli-ahli yang terlibat.
Turut hadir dalam mesyuarat panel pada kali ini adalah Timbalan Asisten Ketua Staf Perkhidmatan Anggota, Brig Jen Junairi bin Baharom TUDM; Panglima Rejimen TUDM, Brig Jen Meor Ahmad Kamal bin Hj Meor Termizi TUDM; Pengarah PSTU, Kol Mohd Sam bin Mohd Yusof TUDM; Pengarah Sumber Manusia, Kol Hamdan bin Ahmad TUDM; Ketua Pengarah BOPKP, Kol Mohd Zairul Hisyam bin Muhamad Ibrahim TUDM; Pengarah Rancang Cawang Provos Marsyal, Kol Muhsin bin Mat Nor TUDM; Pengarah Perundangan, Kol Ahmad Sanusi bin Hj Ali TUDM; Pengarah Perkhidmatan, Kol Zuhamri bin Mat Daud TUDM; Pengarah Sekretariat, Kol Abdul Aziz bin Abdul Rahman TUDM serta pegawai-pegawai Tadbir yang terlibat.
Mesyuarat panel ini diadakan adalah bertujuan untuk membincangkan isu-isu berkaitan pengurusan dan pentadbiran Cawangan Tadbir serta menyampaikan maklumat dan arahan terkini daripada pucuk pimpinan Cawangan Tadbir. Sebanyak lapan panel telah membentangkan pelaporan Panel bagi tahun 2023 dan perancangan panel tahun 2024 iaitu Panel Inovasi, Panel Strategik, Panel Kejurulatihan, Panel Latihan TCI, Panel Research and Development, Panel Pematuhan dan Prestasi, Panel Ketenteraan (Operasi dan Latihan) serta Panel Pembangunan Kerjaya.
Selari dengan Pelan Pembangunan Keupayaan TUDM (CAP 55), empat Teras Strategik telah digariskan di dalam Pelan Strategik Cawangan Tadbir bagi menangani cabaran-cabaran pengurusan Cawangan Tadbir iaitu Memperkasakan Modal Insan, Memperkasakan Perkhidmatan Tadbir, Memperkasakan Smart Partnership serta Memperkukuhkan Pertahanan Darat dan Operasi Khas.