MTU Inspektorat TUDM selaku Sekretariat Kursus Keselamatan TUDM dengan jayanya telah berjaya menganjurkan Kursus Pegawai Penyelia Keselamatan Siri 85/2023 bertempat di Akademi Tentera Udara, Ipoh, Perak.
Kursus yang bermula dari 23 Okt hingga 03 Nov 2023 ini dihadiri seramai 30 orang pegawai dari TUDM dan seorang peserta dari Philippines Air Force.
Sepanjang kursus ini, peserta telah didedahkan dengan Konsep Asas Keselamatan merangkumi RMAF Safety Roles and Organization, Safety Management System (SMS), Safety Risk Management (SRM), Flight Safety, Safety Survey dan Safety Visit ke Layang-layang Flying Academy, Ipoh. Di akhir kursus, para peserta telah diuji dengan Summative Knowledge Assessment (SKA) dan pembentangan Kajian Keselamatan berkumpulan bagi memastikan setiap pembelajaran difahami dengan baik dan jelas.
Majlis Penutupan Kursus dan Penyampaian Sijil telah disempurnakan oleh Inspektor Jeneral Tentera Udara, Brig Jen Mohd Kahar bin Mohd Kassim TUDM.